RSS

BAHAGIAKAH AKU?


السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Lagi 9 hari nak menyambut Hari Raya Aidilfitri, persiapan raya ala kadar sahaja tahun nih... Baju raya dah siap, selipar raya pun dah beli... 1st time beli selipar yang harga rm90... Mak aih, asal la harga selipar sekarang mahal sangat (mahal bagi orang yang tak berapa nak mampu macam aku)... Apa-apa barang untuk raya nanti bukan setakat raya je guna, lepas raya boleh la wat gilir-gilir pergi kerja... Kuih raya aku tempah kerepek jer, kuih-kuih lain tak tempah pun, buat pun tak kot... Hehehe..

Hmmm, ada orang dok bercakap-cakap pasal jodoh, tapi aku tak rasa apa-apa pun kali nih...Kenapa eh?? Sekarang nih aku rasa sangat selesa dengan diri aku yang macam ni, aku happy sangat dengan diri aku... Aku rasa aku bahagia macam nih... Tak de rasa nak pikir bukan-bukan, sebab aku tahu semua ketentuan telah diatur oleh Allah, aku percaya 1 hari nanti aku akan jumpa jugak dengan jodoh aku... v(^_^)v


Selamat menjalani ibadah puasa yang semakin hampir meninggalkan kita... Semoga berjumpa lagi Ramdhan tahun hadapan...

I AM HAPPY...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

INDAHNYA HIDUP TANPA DERITA


السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Puasa dah tak lama dah, Hari ni, hari Selasa 16 jun 2015... Malam ni tengok anak bulan... Jadi, kita akan start berpuasa samada esok atau lusa... Apa-apa pun, alhamdulillah sebab berjaya ganti puasa yang tahun lepas... Azam untuk puasa tahun ni, nak baca Al-Quran sampai habis, mudah-mudahan tercapai la apa yang aku nak buat ni... Lagi satu, kalau ada tinggal puasa tahun nih, aku nak ganti awal-awal... Semangat berkobar-kobar... Minta-minta boleh la buat seperti yang dirancang..

Kata-kata motivasi untuk diri sendiri.

Sekarang ni, aku tengah semangat berkobar-kobar nak abihkan buku INDAHNYA HIDUP TANPA DERITA... Kalau tak silap aku, buku ni aku yang beli 2 atau 3 tahun lepas... Tapi tak pernah abih pon baca, sebabnya aku skip2, pilih tajuk yang menarik... Tapi semalam aku dah start baca balik dari page 1, tak mau dah skip2... Lagi satu tak nak bagi aku nih rasa bosan gler, aku nak buat catatan setiap bab2 yang ada dalam buku tu... Setakat nih, baru siap baca 3 bab, dan dah ada 3 catatan dari bab2 tersebut...

Ni la rupa buku yang sedang aku baca.

Hidup ni memang penuh dengan dugaan, lepas 1 1 yang muncul... Bersilih ganti, apa yang perlu aku buat adalah bertahan dan terus bertahan... Dalam 2 minggu ni aku kena settelkan hal adik bongsu kesayangan aku nak sambung belajar... Semalam aku terpaksa bagi ayat-ayat pujuk rayu supaya dia pergi sambung belajar... Aku buat macam tu untuk masa depan dia... Susah jugak dapat adik yang tak nak dengar cakap... Minta-minta dia paham la apa yang aku mesej dia semalam... Takpe la, demi adik aku, aku akan tolong apa yang termampu...

Pasal jodoh aku pulak, terasa macam tak sanggup dah nak pikir buat masa ni... Berharap pada yang tak sudi, tapi tak kesah la kan... Hidup perlu diteruskan, mana tahu 1 hari nanti Allah akan bagi aku seseorang yang terbaik untuk aku.. Amin...

Siapkan diri untuk menyambut Ramadhan Al Mubarak...

SELAMAT BERPUASA...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KESIAN KAT BABY


السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Hari ni nak share satu cerita yang agak sedih jugak la bagi aku... Semalam dalam pukul 8.15 malam aku keluar dengan adik-adik aku... Sampai je rumah dalam pukul 9.00 malam lebih kurang... Sebelum masuk rumah, adik aku dah pelik dah kat tangga ada darah... Bila masuk rumah pun, ada darah jugak.. Yang sedih ye bila tengok Si Baby duduk dalam bakul dia, muka penuh darah...Ya Allah, kesian sangat-sangat kat Baby tu.. Apa salah Baby sampai ada orang sanggup buat Baby macam tu... Tak sanggup nak pandang muka Baby lama-lama sebab Baby diam je... Tak bising pon, seolah-olah dia tak nak kami semua risau pasal dia...

Adik aku cuba nak bersihkan luka dia, tapi darah tak kering... Banyak giler darah kuar... Last-last letak minyak gamat je... Tadi pagi aku datang kerja tak sempat nak jenguk Baby.. Hope luka makin baik dan sihat macam selalu...

Baby tidur lepas letak ubat kat tempat luka.
Kepada manusia yang berakal kat luar sana tolong la jangan buat jahat kat binatang... Satu hari nanti pasti Allah akan balas balik apa yang kau dah buat...

TOLONG CEPAT SEMBUH...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

USIA MAKIN BERTAMBAH


السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


2 hari lepas genab umur aku 28 tahun... Masih banyak benda yang belum mampu aku lakukan... Yang paling aku terasa, aku tak sempat nak bagi arwah abah merasa naik kereta baru yang berbungkus plastik... Hari ni pun, masih lagi tidak mampu untuk memiliki kereta... Ya Allah, aku tahu kereta tu harta dunia semata-mata, cuma aku harap sangat 1 hari nanti dapat memiliki kereta baru... Harap-harapnya sempat la mak aku merasa...

Suprise birthday ke-28 untuk tahun 2015..
Hidup aku sekarang hanya ada untuk mak aku dan adik-adik aku... Walaupun hari kerja sangat memenatkan aku, aku gagahkn juga untuk ikut apa yng mereka perlu... Sekarang aku rasa mcm kerja 12 jam, walaupun hakikat ye hampir 11 jam aku kat luar rumah.. Mana tak yer, pukul 6.25 pagi dah kuar rumah... Mau ye hampir pukul 6 petang baru sampai rumah... Ni la dugaan bila kerja jauh..

Semalam aku dah submit pertukaran online aku... Aku berharap sangat aku boleh tukar tempat kerja yang dekat sikit, supaya senang aku nak uruskan hal-hal yang tertangguh sebelum ni.. Ya Allah, banyak perkara yang perlu aku galas pada saat dan ketika ini... Kalau boleh aku nak setelkan semua urusan yang arwah abah tinggal...

Ok la... Nanti result pertukaran keluar kita tengok la macam mana... Rasa macam tak dapat nak bertukar... Huhuhu... Apa-apa hal cuba dulu...

HAPPY BIRTHDAY TO ME...
28 TAHUN SUDAH...


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

WELCOME 2015 WITH NEW HOPE


السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Terlalu pantas masa berdetik.. Sudah masuk 2015.. Januari bakal menutup tirai lagi 10 hari.. Sungguh, tak terkejar rasa diri ini untuk selalu meng-update blog yang tak berapa nak menarik ni.. Takpe la kan, blog aku, cerita aku, tak paksa pun orang lain baca... Sekadar kepuasan sendiri... Hehehe...

Hidup ni perlukan keberanian yang sangat tinggi untuk terus hidup.. Jangan biarkan ketakutan menguasai diri sendiri, sebab tiada sesiapa yang mampu membantu kita selain diri kita sendiri... Macam aku, aku terpaksa face to face dengan bos untuk aku berada di sini, di mana tempat yang sepatutnya aku duduk... Kalau aku tak bersuara, sampai bila harus aku hadapi semua yang aku lalui 2014...

Cerita-cerita sedih tahun 2014 kita simpan je dalam hati, cukup sebagai kenangan yang mendewasakan kita.. Sekarang kita hadap cabaran baru, plan betul-betul apa yang kita nak buat atau nak capai... Hmmm... Macam aku, harapnya tahun ni ada la berita gembira yang mak aku nantikan.. Pada aku, tak tau nak pikir macam mana dah.. Just wait and see je...


Tutup buku 2014, Buka buku 2015.

SELAMAT TAHUN BARU 2015...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS