RSS

INDAHNYA HIDUP TANPA DERITA


السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Puasa dah tak lama dah, Hari ni, hari Selasa 16 jun 2015... Malam ni tengok anak bulan... Jadi, kita akan start berpuasa samada esok atau lusa... Apa-apa pun, alhamdulillah sebab berjaya ganti puasa yang tahun lepas... Azam untuk puasa tahun ni, nak baca Al-Quran sampai habis, mudah-mudahan tercapai la apa yang aku nak buat ni... Lagi satu, kalau ada tinggal puasa tahun nih, aku nak ganti awal-awal... Semangat berkobar-kobar... Minta-minta boleh la buat seperti yang dirancang..

Kata-kata motivasi untuk diri sendiri.

Sekarang ni, aku tengah semangat berkobar-kobar nak abihkan buku INDAHNYA HIDUP TANPA DERITA... Kalau tak silap aku, buku ni aku yang beli 2 atau 3 tahun lepas... Tapi tak pernah abih pon baca, sebabnya aku skip2, pilih tajuk yang menarik... Tapi semalam aku dah start baca balik dari page 1, tak mau dah skip2... Lagi satu tak nak bagi aku nih rasa bosan gler, aku nak buat catatan setiap bab2 yang ada dalam buku tu... Setakat nih, baru siap baca 3 bab, dan dah ada 3 catatan dari bab2 tersebut...

Ni la rupa buku yang sedang aku baca.

Hidup ni memang penuh dengan dugaan, lepas 1 1 yang muncul... Bersilih ganti, apa yang perlu aku buat adalah bertahan dan terus bertahan... Dalam 2 minggu ni aku kena settelkan hal adik bongsu kesayangan aku nak sambung belajar... Semalam aku terpaksa bagi ayat-ayat pujuk rayu supaya dia pergi sambung belajar... Aku buat macam tu untuk masa depan dia... Susah jugak dapat adik yang tak nak dengar cakap... Minta-minta dia paham la apa yang aku mesej dia semalam... Takpe la, demi adik aku, aku akan tolong apa yang termampu...

Pasal jodoh aku pulak, terasa macam tak sanggup dah nak pikir buat masa ni... Berharap pada yang tak sudi, tapi tak kesah la kan... Hidup perlu diteruskan, mana tahu 1 hari nanti Allah akan bagi aku seseorang yang terbaik untuk aku.. Amin...

Siapkan diri untuk menyambut Ramadhan Al Mubarak...

SELAMAT BERPUASA...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment