RSS

2014 ALREADY


السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Selamat pagi dan selamat bekerja.. Semalam countdown tahun baru korang kat mane?? Hehehe... Aku countdown atas katil, tak larat nak berjaga malam, maklumlah hari ni kan kerja.. Akhirnya dah masuk tahun baru kita pada hari ni.. Semoga 2014 akan membawa warna-warna gumbira dan bahagia dalam hidup aku dan semua orang.. Diharapkan tahun 2014 ni permulaan yang baik, pertengahan yang baik serta penghujung yang tersangat baik..

Kita imbas kembali kenangan pada tahun 2013 yang tak mungkin berulang dalam hidup ini.. Pada aku, tahun 2013 terlalu banyak ujian yang Allah berikan, yang bisa membuatkan aku lebih matang pada hari ni.. Aku akan hargai apa yang aku ada sekarang.. Aku akan cuba membahagiakan ibu aku yang tercinta.. Aku akan berkorban selagi yang termampu untuk keluarga aku..
Credit to 8 Unique 2014 Calendar Designs
2014... Semoga dilimpahi rezeki dalam pekerjaan dan jodoh... Masih tercari-cari pemilik tulang rusukku ini... Masih jauhkah perjalan yang harus kita tempuhi untuk kita bersama?? Cewahh... Ayat macam terjiwang sikit.. Hehehee... Tahun ni rasa macam banyak benda nak buat.. Moga-moga terlaksana semua benda yang aku akan buat... Semoga Allah mempermudahkan segala-galanya..

Jom amalkan selalu.. 

Jangan lupa setiap apa yang kita lakukan adalah kerana Allah, setiap ujian yang diberikan adalah ujian yang mampu kita tempuhi.. (^_^)v

WELCOME 2014
START YEAR OF 2014 WITH HAPPINESS

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS