RSS

REZEKI DAN DUGAAN

Assalamualaikum... Semoga sihat dan ceria selalu..

Sesungguhnya berkat keSABARan itu sangat indah.. Dugaan yang diberikan membawa nikmat yang lumayan.. Sebagaimana disebut dalam Al-Qur'an,

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebaikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya...." (Al-Baqarah : 286)

Ya Allah, aku sangat bersyukur atas rezeki yang Engkau kurniakan kepada aku.. Rentetan hidup 2013 yang penuh liku-liku dugaan berjaya aku harungi.. Syukran Ya Allah.. Permulaan yang sukar, namun ku mengharapkan kesudahan yang menyenangkan..

Penantian selama ini, sampai jugak semalam.. Surat Tawaran Kerja akhirnya di dalam tangan aku.. Yeeaaahhhh!!! Akhirnya aku dapat kerja tetap, walaupun gaji tak sebesar mana.. Belum dapat tahu kat mana kena posting... Hope biarlah di tempat yang elok-elok dan selamat..

Sedar tak sedar, dah hampir 3 tahun aku keje sebagai EIO.. Tinggal lagi beberapa hari untuk aku memegang jawatan ini.. Sekarang pun, tengah menjalankan tugas yang diarahkan untuk menanggung kerja di tempat lain.. Semua ini akan jadi kenangan..

Permulaan 2013 - abah sakit
Februari 2013 - abah meninggal
Mei 2013 - terpaksa ke Taiping hantar adik
Jun 2013 - interview kerja
Ogos 2013 - tak dapat pergi Tamat Latihan adik
September 2013 - interview berjaya & dapat surat tawaran

Hmmmm... Kekadang terasa sukar untuk mengenangkan apa yang telah terjadi, namun kehidupan perlu diteruskan.. Apa yang mampu aku lakukan adalah membahagiakan emak aku.. Hala tuju kehidupan masa depan masih samar dan kabur, tetapi perlu tetap melangkah menjalani kehidupan yang mendatang..

Go, Go & Go



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS