RSS

ADUIHAI HATIKU - SABAR


السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Selamat pagi.. Suasana pag ni suram sangat sama macam perasaan aku... Macam aku ni tak wujud je..Yela, siapa la aku ni kan, maybe hanya seorang penyibuk je...

Sabar dan terus bersabar..
Kita kerja dengan orang memang macam ni eh?? Harapnya orang yang kerja dengan aku tak rasa la apa yang aku rasa... Hmmm... Sabar aje selagi termampu... Think positive..

Perasaan pun dah macam bunga ni..
Punya la semangat aku datang kerja hari ni, tapi aku tak minta pon suasana yang suram macam ni.. Nak buat kerja pun tak de feel dah.. Hari ni banyak benda nak kena settelkan.. Semua nak cantik-cantik, bersih, kemas dan lengkap.. Harapnya akan berjalan lancar...

LAST DAY OF 2013
WELCOME 2014

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

CINTA PANDANG PERTAMA


السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Selamat pagi.. Cuaca hari ini sangat damai, dengan kabus dan matahari pon tak keluar.. Malu agaknya.. Hehehhe.. Saje jer nak story, semalam aku kuar dengan BFF aku, tengok-tengok handphone, maklumlah handphone aku kan rosak.. Bajet nak cari pengganti yang baru la..

Dua tiga kedai gak aku masuk semalam, last-last satu kedai ni macam best je... Terpandang la Blackberry Q5, oh... Terpikat rasa hati ku.. Menarik interesting betul la BB tu... Terus lupa BB lama yang rosak minggu lepas... Hahahaa...

BB Q5 - lawa kan?
Bagus betul kedai tu, banyak pilihan.. Aku dah lama nak tengok smartphone Lenovo.. Kat situ ada empat lima model Lenovo... Tapi yang aku bekenan Lenovo S920.. Chantik bangat... Harga pun macam mampu milik je... Wait for me bebeh... I will get both of you... :)

Lenovo S920. Minta-minta dapat la sambar yang ni dulu.
Kalo ada rezeki, pasti aku akan dapat merasa pakai dua-dua phone ni, kan?? Dah nak start buka sekolah dah... Mesti nanti banyak keje nak kena buat... Huhuhu... 

Be Strong Girl... 

You Can Do It...

~ADIOS~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

DOUBLE STRESS


السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

"hari ke-3 tanpa mung, membuatkan aku terasa kekok... perlu ke aku mencari pengganti yang lain?? atau perlukah aku jd sang pencinta yg setia?? 
dalam delema... huhuhu.." 

Stress je rasa hari ni, tapi sebenarnya tak de la stress sangat... Cuma, biasa la bila rutin harian kita terganggu, mesti kita rasa lain macam kan... Aduihai, sabar je la wahai hati, apa boleh buat, handphone bb curve aku rosak.. Dah la rosak, smua contact tak de dalam sim kad, sebabnya hari tu sim kad dah rosak, pegi tukar sim kad baru, boleh lupa lak nak copy contact (bajet hp tak kn rosak)...

Kwang... Kwang... Kwang... 

Nak tunggu bb tu siap, rasa macam nak beli je bb lain... Tapi macam sayang duit la pulak... Sabar-sabar... 

Jom pegi tengok-tengok hp baru... Hahahha...  Macam tau-tau je ada duit, ade la benda nak rosak... Kan?? Hmmm...Sabar, dan terus bersabar... Mana tau nanti boleh beli hp lagi canggih dari sekarang...

Penat ye nak tunggu waktu balik ni... Gila bosan dok sorang-sorang macam ni... (TT_TT)  Lagi 40 minit time balik... Kemas apa yang patut, pastu kita balik... jommmmmm

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

HARI-HARI BERLALU

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Selamat pagi, semoga semua orang sihat dan dilimpahkan Rahmat-Nya..

Macam-macam perkara telah terjadi, tak sempat nak selalu mencoret something kat blog ni.. Hmmm... Banjir semua dah lepas, harapnya mangsa banjir semua tabah menghadapi dugaan yang telah diturunkan oleh Allah kepada mereka semua.. 

Lagi beberapa hari, kita akan menutup tabir 2013 dan 2014 bakal bersua.. Setiap hari, episod kehidupan yang kita lalu tak pernah sama.. Ada suka duka yang silih berganti dalam seharian yang kita lalui, tapi percayalah kita mampu untuk menghadapi setiap dugaan kehidupan ini.. 

Anyway, by next year akan bermulalah kehidupan aku dengan kerjaya baru aku ni.. Moga-moga aku dapat buat yang terbaik dan semoga aku kuat untuk mengharungi kerjaya ini.. Semoga semuanya dipermudahkan hendaknya..

Kehidupan pasti ada suka dan duka.. 
Alhamdulillah, akhirnya minggu lepas dapat gaji pertama.. Walaupun tak banyak, tapi cukup la untuk aku meneruskan kehidupan seharian.. Dapat tolong mak pun dah cukup happy untuk aku.. (^_^)v

When talk about money $$$$$$.. 

Adui, tak mampu nak pikir, bila nak ada rezeki lebih... Teringin nak pakai smartphone.. Nanti boleh selalu update blog ni... Untuk kepuasan diri sendiri, bukan untuk menyakitkan hati sesape.. 

Ok la, jom kemas apa yang patut... Nanti tak kelam kabut bila dah stat keje... Ok la, have a nice day.. Take care.. Assalamualaikum.. Bye..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

NO TITLE

Assalamualaikum, selamat petang...

Pejam celik, pejam celik, kita dah berasa di pertengahan November.. Terasa November pantas berlalu meninggalkan kita.. Hargailah hari-hari yang kita lalui, kerana setiap hari yang kita lalui sangat berharga dan tak mungkin berulang lagi.. Jika hari yang telah berlalu tidak membawa kegembiraan kepada kita, redhakan lah apa yang telah berlalu.. Sesungguhnya pasti akan ada nikmat yang tersembunyi dari Yang Maha Berkuasa..

Bersyukur seadanya dengan segala dugaan dan rahmat-Nya.

Hari-hari yang aku lalui merupakan pengalaman yang cukup bermakna dalam hidup ni... Dan yang pasti, tak ada sesiapa pun yang merasai apa yang aku lalui.. Pahit manis kehidupan kita, memang tak akan sama... Betul tak?? :)

Anyway, jom kemas-kemas apa yang patut... Jap lagi dah boleh pulang..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SALAM MUHARRAM

Assalamualaikum... Selamat pagi, selamat bekerja...

Semalam 1 Muharram 1435H merupakan tahun baru mengikut bulan Islam... Semoga kehidupan kita lebih cemerlang dan diredhai Allah..

v(*_*)v
Selamat bekerja...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

LAST DAY - OKTOBER

Assalamualaikum...

Yeahhh... Hari ni hari Khamis, half day.. Hari ni jugak, kira sebulan aku keje kat sini... Pasal gaji belum dapat tu kita letak tepi dulu...

Sebulan dah berlalu. Tunggu dan terus menunggu.

Pagi tadi kan, member yang aku tumpang tu tak sihat... Dia minta aku drive... Huhuhu... Takot drive kete orang... Tapi berjaya juga aku sampai tempat kerja...Kereta auto best, kan... Heheehehe... Senang je nak drive... Kalo manual lagi la cuak nak drive orang ain punya kereta kan???

Lagi sejam setengah nak balik... Kat rumah banyak lagi benda nak buat, tapi tak terbuat pon, terlebih rajin... Huhu... (^_^)v

Jom kemas apa yang patut, lepas tu get ready untuk pulang... Mesti banyak kenderaan atas jalan nanti, maklum laaaaa, next week cuti Deepavali (Ahad ) dengan cuti Awal Muharam ( Selasa ).. Isnin tetap kerja.. Tak sabar nak tunggu gaji... Hehehe...

Ok la.. Take care.. Wassalam.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

FRUST SANGAT ~

Assalamualaikum... Selamat pagi... Selamat bekerja semua... Semoga sihat dan ceria selalu...

Masuk minggu ke-4 kerja... Semalam bukan main liat lagi nak bangun pagi, nak pergi kerja... Maklum la, Jumaat Sabtu seharian dok lepak kat rumah je, jadi pagi Ahad tersangatlah sayang nak bangun... Dah la malas nak bangun, bila kat tempat kerja ingat kan dapat good news... Sekali...

     Aku : Akak, tumpang tanya... Agak-agak bulan 11 dapat tak gaji kitorang?? 
     Akak : Dah anta semua ke borang?? (sambil dok belek-belek kat atas meja dia yang penuh dengan fail-fail)
     Aku & member aku : Dah settel semua dah, dah anta kat akak awal-awal hari tu lagi...
     Akak : Ala... Tak sempat la awk, gaji bulan 12 pun dah tutup ni... Bulan 1 nanti la gaji..
     Aku & member aku : (Aku pandang dia, dia pandang aku)

January yang ditunggu.

Ish... Ish... Ish... Kalau betul la akak cakap bulan 1 nanti baru gaji, kami nak makan apa kak?? Huhuhu... Means minggu ni sebulan kitaorang kerja, so nak tunggu bulan 1, lagi 3 bulan kami tak bergaji... Sedih jugak rasa sebab tak de tempat nak mencakau duit... Sabar aje la... Nak buat macam mana lagi kan... 

Jangan cepat putus asa... Pasti akan ada yang bisa menolong aku, kan??

Ok la, dah lapar... Nak pergi makan... 
Bye ~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KHAMIS YANG DINANTIKAN ~

Assalamualaikum, selamat pagi...

Saya suka hari Khamis.. 
Pejam celik, pejam celik, dah hari Khamis dah.... Yeaay!!! Macam budak-budak dapat aiskrim je... Kenapa aku suka Khamis?? Hari Khamis hari last keje.. Jumaat kat sini weekends.. Keje pun separuh hari je.. 

Tak sabau nak tunggu pukul 2.50 petang... Minggu ke-3 kerja kat sini.. Belum rasa seronok... Suasana keje dah tak meriah macam dulu...Dulu kalo sehari tak pergi keje, rasa tak seronok.. Sekarang nak bangun pagi pergi kerja pun macam malas je.. Dah la tempat kerja ntah macam ape... huhuhu... Sedih ye rasa dengan suasana kerja yang macam ni... 

Hope, semua ni tak akan lama... 

Ok la, nak pi lunch... Bye... Have a nice day semua... Kena pandai ceriakan diri sendiri ~

Adiosss

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

BERULANG ALIK OR KUATERS

Asslamualaikum, dah tengah hari dah kita...


Ni masuk minggu ke tiga kerja kat sini... Penat badan ni rasa bila hari-hari kena keluar awal... Fikir punya fikir, rasa mahu aje aku dok kuarters... Tapi, berani ke aku nak dok sorang-sorang??? Huhuhu...

Penat badan 1 hal, penat otak nak mikir pun 1 hal... Macam mana ni??? Hmmm... Gaji permulaan pon belum dapat lagi.. Ramai kawan aku cakap better dok je kuarters... Aku pon memang pikir gitu... Nanti dah dok kuarters pandai-pandai la nak hidup macam mana.. Makan ke, tak makan ke, kan.....

Nak duduk kat kuarters... Huhuuhu

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

BUKU BARU

Assalamualaikum..

Hari ni, hari ke-4 kat tempat kerja baru.. Ada seronok, ada jugak yang tak seronoknya... Apa-apa pon, bersyukur sangat sebab dapat kerja baru ni... Siapa yang tak suka bila dapat kerja tetap kan..

Tahniah kat diri sendiri...
Tak sangka, selepas macam-macam dugaan pada awal tahun sampai la ke tengah tahun, akhirnya Allah memberi rezeki yang berlipat ganda.. Syukran...

Selamat maju jaya kepada diri sendiri...

Bye...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

REZEKI DAN DUGAAN

Assalamualaikum... Semoga sihat dan ceria selalu..

Sesungguhnya berkat keSABARan itu sangat indah.. Dugaan yang diberikan membawa nikmat yang lumayan.. Sebagaimana disebut dalam Al-Qur'an,

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebaikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya...." (Al-Baqarah : 286)

Ya Allah, aku sangat bersyukur atas rezeki yang Engkau kurniakan kepada aku.. Rentetan hidup 2013 yang penuh liku-liku dugaan berjaya aku harungi.. Syukran Ya Allah.. Permulaan yang sukar, namun ku mengharapkan kesudahan yang menyenangkan..

Penantian selama ini, sampai jugak semalam.. Surat Tawaran Kerja akhirnya di dalam tangan aku.. Yeeaaahhhh!!! Akhirnya aku dapat kerja tetap, walaupun gaji tak sebesar mana.. Belum dapat tahu kat mana kena posting... Hope biarlah di tempat yang elok-elok dan selamat..

Sedar tak sedar, dah hampir 3 tahun aku keje sebagai EIO.. Tinggal lagi beberapa hari untuk aku memegang jawatan ini.. Sekarang pun, tengah menjalankan tugas yang diarahkan untuk menanggung kerja di tempat lain.. Semua ini akan jadi kenangan..

Permulaan 2013 - abah sakit
Februari 2013 - abah meninggal
Mei 2013 - terpaksa ke Taiping hantar adik
Jun 2013 - interview kerja
Ogos 2013 - tak dapat pergi Tamat Latihan adik
September 2013 - interview berjaya & dapat surat tawaran

Hmmmm... Kekadang terasa sukar untuk mengenangkan apa yang telah terjadi, namun kehidupan perlu diteruskan.. Apa yang mampu aku lakukan adalah membahagiakan emak aku.. Hala tuju kehidupan masa depan masih samar dan kabur, tetapi perlu tetap melangkah menjalani kehidupan yang mendatang..

Go, Go & Go



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KERETA PUNYA ANGKARA

Duagaan btl la... Elok-elok buat apoiment dengan makenik nak baiki kete, aku lak baiki pintu kete... Huhuhu... Nasib betul la.. Dah la sambung roadtax lepas raya, ni repair sikit.. Ni tambah lak pintu kemek... Sabau aje la... Hmmm... Duit lagi... Siap kena tukar tayar lak... Dah tinggal benang je, tu pun yang bahagian dalam... Mana nak nampak...


Kena kumpul lagi sikit duit, nak tukar absober... Alahai... Nasib la ada jugak duit lebih bulan ni... Kalau tak mana nak cakau... Huhuhu..

Macam ni la, bila ada kereta.. Kena jaga, walaupun bukan kereta sendiri...

Kereta pun tau sakit jugak!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

APA PON TAK BOLEH

Salam... Salam 1Malaysia...

Bila kita selalu rasa kita la manusia paling baik, kita tak sedar kita pon punya banyak kekurangan dan kelemahan... Usah la kita terlalu berbangga dengan apa yang kita ada... Dan, jangan lah kita menanggap orang yang lemah boleh dibuli... Jangan ingat orang miskin boleh dibeli dengan duit... Tolong la jangan nak samakan orang A dengan orang B walaupun latar belakang keluarga mereka hampir sama...

Penat la nak puaskan hati semua orang...


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

BELUM ADA KEPUTUSAN

Assalamualaikum...


Sebulan telah berlalu, tapi keputusan belum mampu aku buat... Masih menunggu petunjuk agar pilihan yang bakal dibuat adalah pilihan yang terbaik... Mampu ke dia menunggu dan terus menunggu?? Dan, mampukah aku bersabar menunggu sepertimana dia menunggu aku...

Ya Allah, berikanlah petunjuk agar aku mampu untuk membuat keputusan yang selayaknya... 

Sungguh aku buntu dengan apa yang terjadi... Tak mampu ku ungkapkan dengan kata-kata apa yang telah aku lalui... Semuanya terjadi sekelip mata, dan sangat pantas...

Mengharapkan kebahagian yang berpanjangan

Selamat bekerja keras... Semoga tabah menghadapi dugaan ini... Amin



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SELESAI AKHIRNYA

I'm so happy now.

Assalamualaikum... 

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin..

Hari ni, raya ke-5.. Akhirnya selesai juga apa yang aku plan... Cukup la ganggu hidup aku selepas ini... Aku pon nak hidup gembira macam orang lain juga.. Aku mampu terus tersenyum walaupon macam-macam dugaan yang aku lalui sepanjang hidup ini.. Awal tahun 2013 peristiwa pahit yang aku lalui... Sekarang, berita gembira yang aku dapat... Terima kasih Ya Allah Yang Maha Pemurah...

Selamat memulakan kerja setelah bercuti raya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

THE POWER OF MONEY!

Assalamualaikum... Salam 1Malaysia...


WANG.. Semua orang kenal wang... Semua orang ada wang .. Semua orang nak wang... WANG.. WANG... WANG .. Pasal wang kita ada kawan... Pasal wang kita hilang kawan... Gerak sikit, guna wang... Semuanya wang...

Kalau aku tau pasal wang jadi macam ni..... Kalau dapat undur balik masa lampau, aku tak kan sesekali berhutang dengan orang lain... Tapi, apa kan daya... Semua dah terjadi... Kena hadapi walau pahit... Aku akan selesaikan semuanya selepas raya ni.. Aku tahu kalau dah berhutang, kena bayar balik... Kalau aku dah setel kan semuanya lepas raya ni, dia masih buat hal dan cari pasal, agak-agak la kan.... Apa yang patut aku buat??

Tak sabarnya nak tunggu raya... Nak setel kan semua ni... :)

Kepada kawan-kawan yang agak sengkek tu, hati-hati la pilih kawan.. Tak semua orang paham kehidupan kita yang tak berapa nak ada wang, sebab diaorang tak pernah merasa apa yang kita rasa... Kalau boleh, elakkan berhutang.. Hati pon senang.. Hehehe...

Kita yang kawal wang, atau wang yang kawal kita??




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

DAH NAK RAYA DAH

Borak punya borak, dah pukul 11 pagi... Hari ni dah hari Isnin, bermakna lagi 2 hari puasa.. Raya dah tak lama, bak kata omputeh just around the corner.. Hahaaha... Mood beraya belum datang lagi nih... Gimana ye??

Langsir dah siap, kueh dah siap.... Tak macam nak raya je... :(
Semalam dah beli tudung, tak tau la macthing ke tak dengan baju tu... Baju pon last minute jahit, tu pon sebab mak bising-bising suruh jahit baju baru... Ikut kan hati, tak nak baju baru, kononnya nak beli yang dah siap, sekali pi jenguk-jenguk kat kedai tak de yang berkenan lak... Nasib la badan... Hahahaa... :)

Sengal tak sengal otak aku nih, ye ye je konon ye tak de mood nak raya... Selipar raya sampai 2 pasang... Pe citer nih?? Hehehe.. Terlebih excited beli slipar la pulak... Dah tu beli yang tinggi... Agak-agak ye aku ni pakai tak? Kang tak berbaloi-baloi lak beli sampai 2 pasang!! Cuba untuk tukar imej pakai yang tinggi sikit... Mesti cun, kan... Hahahaa... :P

Kat tempat kerja pun, dah tak macam nak keje... Asyik ingat rumah je ni... Kepada saudara-saudara dan sahabat-sahabat yang pulang beraya di kampung berhati-hati di jalan raya semoga selamat sampai ke destinasi..

Assalamualaikum...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

TAK TERCAPAI DEK AKAL KU!!

Selamat pagi..


Pagi-pagi lagi dah terasa blur.. Ya Allah, kenapa semua ini terjadi?? Sungguh aku tak terjangka ada manusia yang sebegitu rupa.. Ke aku je yang perasan lebih?? Hmmm... Macam mana eh nak bagitahu... Agak-agak korang la kan, logik tak orang tu bukan kembar, tapi ada baju yang sama... OK, aku tau.. Memang la ada baju yang sama... Tapi kalo org tu memang bestfriend logik la jugak, kan.. Hahahaa... :)

Termasuk yang pagi ni, 3 helai dah yang sama... Bukan setakat sama, tapi sebijik SAMA!! Macam sengaja je...Hmmmm... Sedih aku.. Apa lah nasib aku kan... Ada jugak yang psiko sampai macam tu sekali.. Sabar je la yang mampu aku wat sekarang ni...

Ada member aku bagitahu aku punya taste  pelik-pelik... Sepelik-pelik aku punya taste ni, ada juga orang yang berminat dengan apa yang aku pilih... Hehehee... Macam tak caya je, kan?? :P Nanti aku upload baju yang aku baru beli, memang nampak pelik baju tu kalau aku pakai, tapi patung pakai cantik je... Tu pasal aku beli... Hahaa.. yang pastinya, baju tu ada jual kat mana-mana je... Nanti nak tengok sama ke tak... Tapi kan, yang aku perasan, baju yang sama tu, baju yang aku beli online je... Tu nak kena test tu dengan baju yang aku beli kat KB Mall tempoh hari... KB Mall je pon, bukan online.. Hehehee... 

Dari pagi menaip entry hari ni, ni baru nak siap... Jap lagi nak kuar cari pulut.. Nak wat ketupat dan tapai, raya dah tak lama dah... Segala persiapan tinggal sikit je lagi.. Semoga raya tahun ini, berjalan lancar walaupun tanpa abah... 

Ok laaaa.... Sekian sahaja untuk hari ini... Assalamualaikum.. Have a nice day! Papai ~~~~~

We are same, but we are not twins.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

BILA SELSEMA MELANDA




Assalamualaikum, selamat pagi..

Sampai je tempat keje, pagi-pagi lagi dah kene serang.. Sabau aje la wahai hati.. Walaupon tak sihat, cuba untuk melayan semua orang sebaik mungkin.. Senyum je, k!! Semalam abih keje g cari ubat kat famasi, bapak mahal ubat.. Tapi tak sia-sia beli, ok la jugak ubat tu.. Macam berkesan.. Cuma ubat batuk je yang tak sedap..

Masalah internet ke masalah tak reti nak guna internet?? Sabau-sabau... Penat la nak layan kalo macam ni, semua tanya soalan yang sama.. Dah tak reti nak bersabau ke?? Dah la banyak bunyi, macam radio buruk je... Penat ye hari ni... 

Ya Allah... Berikanlah aku kesabaran... Aku dah rasa nak marah je ni... Kenapa la jadi macam ni... Kenapa teruk sangat orang-orang ni... Cuba la buat dengan otak, jangan buat dengan mulut... Bunyi je lebih, hasil tiada.. Dugaan di Bulan Ramadhan memang banyak, SABAR pon nak banyak jugak..

Ok la, SeLaMaT BeRpUaSa.. Dah 21 hari kita puasa.. Semoga siap semua persiapan raya untuk tahun ni...

Daaaa~~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2013 YaNg TerSaNgAT BuSy

Assalammualaikum dan Salam Ramadhan.


Hmmmm, dah lama tak menjengah di blog ini, kalau rumah yang dah lama ditinggalkan, pasti nampak macam rumah berhantukan... Tapi kalo blog, tak jadi blog berhantu, kan?? Hehehe... Tak sempat nak online sekarang ni, memanjang je ade keje nak kne setelkan.. Keje ngalahkan ape je nih..

Sedar tak sedar, setengah tahun berlalu.. Segala pahit manis yang berlalu dalam hidup ini belum dapat diceritakan dengan panjang lebar.. Nak kena stop lu blog untuk hari ni, esok-esok ade masa saya story lagi.. Nak kemas-kemas, jap lagi nak balik dah.. Hari Khamis bulan puasa, pukul 2.30 ptg dah blh pulang..

Ok, papai... ~ SeLaMaT BeRpUaSa ~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS