السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Semalam seharian bercuti, menyelesaikan beberapa perkara... Tapi dah balik rumah baru perasan ada 1 benda tak selesai... Nama aje bercuti, tapi kuar pagi, petang baru sampai umah, sama jer macam kerja.. Hehehe... Usia makin meningkat, aku pun dah jadi pelupa sikit..
Tengah syok sarapan roti telur semalam, kawan aku boleh pulak bukak cerita pasal adik dia nak tukar lesen P.. Hmmm... Nasib baik, dia bukak cerita pasal lesen, kalo tak sampai ke hari ni aku tak sedar lesen aku dah tamat 27hb Januari hari tu.. Dah 16 hari aku drive dengan lesen yang expired.. Huwawawa... Dah 2 3 kali aku terserempak polis buat pemeriksaan, nasib baik diorang tak ada tahan aku dengan minta lesen aku... Kalau tak, mesti kena saman... Hahahaa...
Dah alang-alang cuti dan tahu lesen dah mati, aku pon pergi la renew lesen, buat yang 3 tahun terus.. Senang cerita.. Kang, lagi 3 tahun, ntah ingat ntah tak... Hhahaha... Cun betul lesen baru ni, dia pakai kad keras macam IC cuma tak de cip je... Ok la kan, macam lasak sikit berbanding yang pakai liminate dulu tu.. Hehehe..
![]() |
| Alamak, lupa la beb.. |
Ok la, cukup untuk hari ni.. Nanti kita sambung lagi.. Tata titi tutu...
SELALU INGAT TARIKH TAMAT TEMPOH LESEN MEMANDU
v(^_*)v








0 comments:
Post a Comment